Pada hari perginya seorang bintang yang disayangi pasti orang tersayang merasa amat kehilangan. Begitu jua bapa kepada Almarhumah Siti Sarah iaitu Raissudin enggan di temubual kerana berita yang mengejutkan ini cukup membuatkannya hilang kata-kata.
Pada malam Selasa, tahlil secara maya khas untuk kesayangan ramai ini, pihak media berpeluang menemubual Raissuddin Hamzah juga penyanyi era 80-an. Bagaimanapun menurutnya, dia redha dengan permergian anak manjanya. Sedia maklum anaknya dimasukkan ke hospital dan menjalani kuaratin dirumah tak sangka kedatangan Shuib dengan berita yang tak diingini.
“Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata… abah orang nak pegi hospital.
“Dia melutut depan saya dan dia kata… Siti dah tak ada, abah.
“Saya rasa dunia ni macam sangat sepi,” katanya sambil menahan sebak.
Berkongsi Keperibadian Siti Sarah
Dalam pada itu, Raissuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja.
“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.
“Arwah juga seorang yang manja dengan saya, banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya. Bermula dari hasratnya ingin menjadi seorang penyanyi sehinggalah saya serahkan tanggungjawab saya kepada suaminya Shuib.
“Saat Shuib dating dan melutut di hadapan saya, sambil memberitahu Siti Sarah sudah tiada…saya tidak tahu nak kata apa-apa.”
Momen yang tidak dapat dilupakan
Sepanjang 37 tahun bersama anak kesayangannya arwah Siti Sarah pasti banyak momen terindah yang tidak boleh dilupakan. Sayalah yang menguruskannya di awal kerjayannya pasti setiap kenangan tidak boleh dilupakan.
Kemanjaannya diakui penyanyi hebat Anuar Zain. “sebelum kahwin kami memang rapat, Sarah ni suka bergurau sampai saya hilang kata. Orangnya gemar berlawak memang disenangi ramai,” ujar Anuar dalam majlis tahlil secara maya berlangsung.
Dalam pada itu Raissuddin berkata “Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” momen terakhir bersama anaknya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19. Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Shuib teruja dibenarkan melawat bayi Ayash
Dalam majlis tahlil secara maya ini juga, Shuib berkongsi pada hari ini dia pertama kali dia dibenarkan untuk melihat Ayash Affan yang masih dalam pemantauan pihak hospital. Nada keterujaannya berkongsi dengan pihak media pastinya juga membuat ramai yang menanti berita perkembangan bayi Ayash Affan. Bagaimanapun Shuib juga tidak ada masalah untuk berkongsi gambar atau apa sahaja perkembangan mengenai bayinya.