Kelab ternama Bosnia namakan akademi sempena nama TMJ

Kelab ternama Bosnia namakan akademi sempena nama TMJ

Kelab ternama Bosnia namakan akademi sempena nama TMJ


Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.

KELAB bola sepak Bosnia dan Herzegovina, FK Sarajevo menamakan pusat latihan pemain mudanya sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan menyifatkan langkah tersebut menandakan satu detik penting dalam pembangunan antarabangsa kelab itu.

“Kelab Bola Sepak Sarajevo dengan bangganya mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini dinamakan FK Sarajevo – Akademi Bola Sepak Tunku Mahkota Ismail, dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

“Keputusan ini merupakan satu penanda aras penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo, yang mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan dan Ismir Mirvic.

“Dengan kerjasama Tunku Mahkota Ismail, kelab terus komited dalam misi memodenkan serta mengangkat FK Sarajevo ke peringkat global sebagai model kecemerlangan bola sepak di Eropah Tenggara,” kata kelab itu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail dilapor bakal menjadi pelabur baharu dalam kelab tersebut bersama Vincent dan Mirvic.

Ringkasan AI

  • Kelab bola sepak Bosnia dan Herzegovina, FK Sarajevo menamakan pusat latihan pemain mudanya sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail
  • Perkara itu diumumkan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail
  • Langkah ini menandakan satu detik penting dalam pembangunan antarabangsa kelab itu
  • Keputusan ini mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan dan Ismir Mirvic
  • Tunku Mahkota Ismail dilapor bakal menjadi pelabur baharu dalam kelab tersebut bersama Vincent dan Mirvic



Source link

OR

Scroll to Top