Penyanyi Nabila Razali mempersoalkan apabila ada segelintir pihak yang memperkatakan mengenai kehidupan peribadi seorang penyanyi itu berbanding suara serta nyanyiannya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila berkata nyanyian seseorang sepatutnya bersandarkan pada bakat dan tidak perlu menilai daripada kehidupan peribadinya.
BACA:Nabila Razali Kesal Lif Penuh Dengan Pasangan Nak Bermanja, Anak Muda Sihat

“Kelakar bila sesetengah orang menilai nyanyian berdasarkan kehidupan peribadi, bukan pada suara,” tulisnya.
Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya ianya ditujukan kepada siapa namun ada yang mengaitkan hantaran itu didakwa merujuk kepada penyanyi Nubhan.






