Kelantan Darul Naim buat rombakan besar

Kelantan Darul Naim buat rombakan besar


KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) akan melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad yang mampu berdaya saing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), khususnya Liga Super musim 2025–2026.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah berkata, tumpuan beliau bersama barisan kepimpinan ketika ini adalah untuk memastikan tunggakan gaji pemain musim lepas dapat diselesaikan dengan segera.

“Kita akan membawa masuk pemain dan barisan jurulatih yang mempunyai kualiti bagi memastikan KDN FC mampu bersaing dengan pasukan lain pada saingan liga musim depan.

“Apa yang penting ketika ini adalah kita tidak mahu lagi berdepan dengan masalah yang sama (hutang) musim ini. Kita mahu memulakan saingan liga musim baharu tanpa sebarang hutang,” katanya.

Mohd Irwan Rizal berkata, walaupun kelab akan melakukan rombakan terhadap pemain dan jurulatih pada musim ini, KDN FC akan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan.

“Kita tidak mahu terpalit dengan masalah hutang untuk menyediakan pasukan yang kuat pada musim depan. Kita akan melihat kemampuan dan kepentingan pasukan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden KDN FC, Rozi Muhamad mengakui masih terdapat baki tunggakan yang belum dijelaskan kepada pemain bagi musim 2024–2025, namun menegaskan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk melunaskannya dalam masa terdekat.



Source link

OR

Scroll to Top