KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju mengisytiharkan Khamis ini bersamaan 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, cuti pada 29 Ramadan bertujuan memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran.
Katanya, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri.
“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Nassuruddin memberitahu, beliau berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.-UTUSAN






