Kelantan TRW ‘hormat’ PDRM

Kelantan TRW ‘hormat’ PDRM

Kelantan TRW ‘hormat’ PDRM


Elavarasan (kiri) memberikan kata-kata semangat kepada barisan pemain Kelantan TRW. FOTO: KELANTAN TRW

KETUA jurulatih Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) E.Elavarasan menghormati kekuatan yang ada pada PDRM apabila kedua-dua pasukan itu bakal bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.

Beliau berkata, hal ini kerana lawan memiliki kombinasi mantap antara pemain import berkualiti dan tonggak tempatan yang berpengalaman.

“PDRM bukan calang-calang pasukan. Mereka ada keseimbangan dari segi kekuatan fizikal dan taktikal.

“Jika kami alpa walau sedikit, mereka mampu memberi tekanan sepanjang perlawanan,” katanya.

Menurut beliau, fokus utama Kelantan TRW ketika ini adalah memastikan konsisten pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.

Beliau berharap barisan pemain dapat meneruskan prestasi cemerlang dengan meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

Selepas mengharungi empat perlawanan Kelantan TRW kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan mengumpul lima mata satu kemenangan dan dua seri.

Ringkasan AI

  • Kelantan TRW hormat kekuatan PDRM untuk perlawanan Liga Super
  • E.Elavarasan mengakui keseimbangan kekuatan fizikal dan taktikal PDRM
  • PDRM memiliki pemain import berkualiti dan tonggak tempatan yang berpengalaman
  • Fokus Kelantan TRW adalah memastikan konsisten pemain sentiasa pada tahap terbaik
  • Kelantan TRW kini di tangga kelima Liga Super dengan satu kemenangan dan dua seri



Source link

OR

Scroll to Top