Kelantan TRW mengaum, KL City tumbang di Kota Bharu

Kelantan TRW mengaum, KL City tumbang di Kota Bharu

Kelantan TRW mengaum, KL City tumbang di Kota Bharu


Pemain Kelantan TRW meraikan jaringan gol ketika menentang KL City dalam aksi pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. FOTO: Bernama

KELANTAN The Real Warriors FC (Kelantan TRW) tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menundukkan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-1 pada aksi pertama Pusingan 16 Piala FA 2025/26 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Isnin.

Anak buah E Elavarasan bermula garang apabila kapten berpengaruh, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi meledak dua gol pantas pada minit kelima dan ke-17 untuk meletakkan tuan rumah di depan awal permainan.

Rentak bertenaga itu diteruskan pada babak kedua, kali ini giliran Sean Selvaraj mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbat gol ketiga minit ke-65, sekali gus mengukuhkan kedudukan skuad pantai timur berkenaan.

Namun, KL City bimbingan Vidakovic Savic Risto enggan pulang hampa apabila Syamer Kutty Abba merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke-86 tetapi tidak cukup untuk menyekat kemenangan Kelantan TRW.

Keputusan 3-1 ini memberikan Kelantan TRW bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 14 September depan, sambil membuka laluan cerah buat kelab pantai timur itu mengintai slot ke suku akhir.

 

 



Source link

OR

Scroll to Top