sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Aksi lemau Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) dihukum kekalahan 0-2 kepada KL City dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini.
The City Boys tidak menunggu masa lama untuk membuka jaringan dengan sepakan terus Safawi Rashid hasil umpanan Kpah Sherman minit ke 20.
Dua minit berselang, tendangan kapten KL City, Zhafri Yahya tersasar menyelamatkan gawang Kelantan dari dibolosi.
Peluang Kelantan mencipta jaringan muncul di minit ke-40 apabila menerima sepakan percuma namun sepakan cantik Azwan Arifin dinafikan penjaga gol, Quincy Kammeraad.
Kealpaan benteng pertahanan Kelantan TRW terus dihukum dengan gol kedua pelawat menerusi tandukan Sherman minit ke 54.
Namun, kegembiraan Sherman menggandakan gol buat pasukan terencat apabila gol ketiga jaringannya dibatalkan pengadil, Kamal Ikhwan Yaacob susulan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia berada pada kedudukan ofsaid.
© New Straits Times Press (M) Bhd






