“Keluarga Tahu Apa Yang Berlaku, Hal Tak Masuk Akal Tapi Itu Hakikatnya” 

“Keluarga Tahu Apa Yang Berlaku, Hal Tak Masuk Akal Tapi Itu Hakikatnya” 


Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi kepada anak saudaranya iaitu Amad Dayyan di Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti turut memuat naik video sesi latihan Amad bersama penyanyi Nadeera dan ketika itu anak saudaranya berada dalam keadaan baik serta sihat.

BACA: “Moga Kejayaan Milik Kamu Walaupun Babah ‘Dibelakangkan’”

Siti juga berharap agar tidak timbul persepsi negatif kerana hanya mereka yang berada di lokasi kejadian sahaja yang tahu situasi sebenar.

“Sesi latihan @amaddayyan bersama @official_nadeera. Keadaan Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan. Namun takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale.

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam, pasti tahu apa yang berlaku, untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Siti percaya sesuatu yang lain telah berlaku sehingga menyebabkan anak saudaranya tiba-tiba rebah serta hanya diketahui oleh ahli keluarga dan ianya bukan kerana faktor kesihatan.

“Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang berlaku, bukan faktor kesihatan, kesan dari komen-komen atau penat tetapi sebagai manusia biasa.

“Kita percaya dalam kehidupan kita, ada hal-hal luar dugaan, hal-hal tak masuk di akal tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut mendedahkan adik kepada Amad iaitu Aisy turut terkena tempias serta mendoakan agar mereka dilindungi.

“Begitulah, setiap kita ada cabaran, ini kan pula dalam bidang ini. Segalanya terbuka luas, malah malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena tetapi adik Amad, Aisy juga terkena tempiasnya. Doakan agar kita semua dilindungi-Nya selalu. Doakan Amad juga,”






Source link

OR

Scroll to Top