“Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri” – Abby Abadi Sokong Marissa Mahu Bercerai

“Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri” – Abby Abadi Sokong Marissa Mahu Bercerai


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa syukur susulan kenyataan anaknya, Marissa Dania yang memaklumkan dalam proses bercerai dengan suaminya, Aslam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby turut berharap agar perkara itu cepat selesai dan anaknya cepat keluar dari mimpi ngeri berkenaan.

BACA: Kami Dalam Proses Berpisah…Harap Tiada Lagi Kenyataan Dari Mana-Mana Pihak” 

“Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat! Keluarlah cepat dari mimpi ngeri. Tolong aminkan ye,” tulisnya.

Sementara itu, Abby turut menitipkan nasihat kepada Marissa untuk memperbaiki kekurangan diri selepas ini serta dapat melalui hidup lebih indah.

“Perbaiki apa yang kurang ye dik. Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah lepas ini,” tulisnya.

Dalam hantaran di Insta Story hari ini, Marissa turut memaklumkan dia dan suaminyakini dalam proses berpisah.

Marissa turut berharap agar tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak serta memohon diberi sedikit ruang.






Source link

OR

Scroll to Top