Kemahuan menang Arsenal ke atas Manchester United tinggi

Kemahuan menang Arsenal ke atas Manchester United tinggi


Saliba antara penjaring gol ketika Arsenal menjinakkan Manchester United di London. Foto Agensi

TIGA mata diraih Arsenal ketika melayan kunjungan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang dikendalikan Ruben Amorim di Stadium Emirates dipacu kemahuan tinggi dalam kalangan pemain The Gunners.

Malah pengendali Gunners, Mikel Arteta menyifatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan itu sejak diikat Chelsea di Stadium Stamford Bridge, 11 November lalu menonjolkan keupayaan kelab London tersebut menterjemahkan jaringan dari pelbagai sudut berbeza.

“Kami mahu menjadi sangat berbahaya dan efektif dari setiap sudut setiap fasa permainan dan kami giat mengusahakan ke arah semua itu.

“Hari ini kami boleh menjaringkan gol dari permainan terbuka seperti yang kami lakukan ketika menentang West Ham United dan Sporting Lisbon.

“Hasilnya, pasukan benar-benar mempunyai kepercayaan bahawa dari setiap sudut kami mempunyai mentaliti untuk menimbulkan ancaman kepada lawan dalam setiap percubaan untuk menjaringkan gol,” katanya.

Sentuhan Jurrien Timber (m-54′) dan William Saliba (m-73′) pada separuh masa kedua dengan kedua-duanya gol dari sudut membolehkan Gunners mengumpul 28 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

Arsenal selepas ini akan mengadakan kunjungan ke Fulham di Stadium Craven Cottage pada 8 Disember sebelum melayan kehadiran kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco dalam perlawanan Liga Juara-Juara (12 Disember).

Anak buah Arteta kemudiannya dijadualkan berdepan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London (14 Disember) diikuti perlawanan suku akhir Piala Liga menentang Crystal Palace (19 Disember).



Source link

OR

Scroll to Top