Kemalangan FRU: Polis ingatkan orang ramai jangan buat spekulasi 

Kemalangan FRU: Polis ingatkan orang ramai jangan buat spekulasi 


am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kemalangan mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ini termasuk dakwaan bahawa ada kematian sehingga 10 orang.

“Banyak spekulasi yang berlegar di laman sosial. Saya ingin perbetulkan persepsi setakat ini hanya sembilan kematian sahaja.

“(Meninggal dunia) lapan di lokasi kejadian dan seorang di Zon Merah Hospital Teluk Intan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan lori FRU dinaiki 15 anggota termasuk pemandu bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon dilaporkan berkata, nahas membabitkan lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semua anggota FRU terbabit dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top