am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Bayi lelaki berusia lima bulan yang parah selepas Perodua Axia dipandu bapanya terbabit kemalangan di Jalan Felda Belara, Kuala Nerus, Jumaat lalu meninggal dunia, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan Muhammad Fath Adrish Dhafin Mohd Firdaus meninggal dunia ketika dalam rawatan.
“Mangsa meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), ” katanya di sini, hari ini.
Sebelum ini, kakaknya, Putri Fredella Al Frida Diandra, 2, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian,
Kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki mereka yang dipandu bapa, Mohd Firdaus Aziz, 36, bertembung dengan sebuah lagi Perodua Axia dipandu wanita berusia 20 tahun dari Kemaman.
Insiden turut menyebabkan enam orang lagi cedera.
© New Straits Times Press (M) Bhd






