Kematian kucing di UM: Polis buka kertas siasatan

Kematian kucing di UM: Polis buka kertas siasatan



hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian menyayat hati kucing di Universiti Malaya (UM) di sini yang didakwa dibunuh menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dilakukan susulan laporan terbaharu diterima termasuk oleh aktivis haiwan seperti dilapor media sebelum ini.

“Rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada Khamis ini,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, kucing dinamakan ‘Lily’ ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan, berkemungkinan dibunuh dengan senjata tajam.

Aktivis haiwan, Shima Aris dilaporkan berkata, kemungkinan itu hasil pemeriksaan terperinci oleh doktor veterinar di sebuah klinik swasta, di sini yang turut melakukan ujian imbasan sinar-X ke atas bangkai haiwan malang berkenaan.

Sebelum Lily ditemui mati, dua kucing lain yang keempat-empat kakinya seperti dipotong dan perutnya juga terbelah ditemukan tidak bernyawa di universiti itu.

Perkongsian kejadian berkenaan turut tular dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat termasuk aktivis serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan haiwan.

Namun, polis memaklumkan haiwan berkenaan mati akibat serangan anjing liar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top