PEMAIN boling negara, Sin Li Jane tidak dapat menahan air mata ketika dinobatkan sebagai juara Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan New Hui Fui dari Singapura dalam akhir stepladder wanita di Sunway Mega Lanes di sini, pada Ahad.
Menurut Li Jane, kejayaan hari ini lebih bermakna kerana beliau telah bertekad untuk memenangi kejuaraan itu demi mendiang datuknya, Sin Gaga @ Sin Chee Heng yang meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua, Isnin lepas.
“Sebelum saya balik dari Ipoh, saya janji kepadanya akan lakukan yang terbaik dalam Terbuka Malaysia. Beliau menyokong saya dari dulu – beliau sumber kekuatan saya.
“Beliau sudah tiada sekarang, tetapi saya beritahu diri sendiri saya akan memenangi (kejohanan) ini untuknya, dan saya berjaya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Atlet berusia 32 tahun itu mencatatkan 222 jatuhan pin untuk mengatasi 198 yang dilakukan Hui Fen.
Pemain remaja Malaysia, Adelia Nur Irwan Syazalee pula menduduki tempat ketiga dengan 206 jatuhan pin.
Atlet berusia 15 tahun itu mencatatkan jumlah jatuhan pin 220 untuk menewaskan Hafiz (180).
Terdahulu, Hafiz mara ke final stepladder selepas menundukkan pemain Australia, Luke Doyle 218-182 manakala Ethan mendapat tempat di final setelah menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan teratas.
“Kemenangan ini tidak dijangka namun ia satu persembahan yang baik daripada saya. Saya tidak dapat lakukannya tanpa keluarga, para jurulatih dan mereka yang telah menyokong saya,” katanya.
Ethan membawa pulang RM50,000 manakala Li Jane RM30,000. – Bernama
OR