Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat sekiranya merujuk kepada kriteria terdahulu sebelum diubah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Dr Maza berkata kemungkinan raya yang pernah berlaku pada tahun 2022 akan berulang.

“Kalau merujuk kriteria dahulu sebelum diubah, kemungkinan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat. Peristiwa 2022 mungkin berulang,” katanya.
Bagaimanapun, penentuan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam esok.
Sebelum ini, Jabatan Mufti Negeri Perak melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan, menegaskan bahawa takwim hijri yang diedarkan hanyalah berdasarkan data hisab awal sebagai panduan perancangan.






