Pelakon Puteri Sarah menitipkan pesanan buat Dr Afifah Hidayah susulan isu berlaku antaranya dengan bekas suami, Nubhan supaya sentiasa berbincang dengan peguam.
Menerus komen ditinggalkan di Threads, Puteri Sarah berkata peguam yang mewakili Dr Fie adalah individu sama ketika dia melalui proses cerai iaitu Datuk Akberdin.
BACA: “Tak Minta Pun Saya Kosongkan Rumah…Dia Seronok Tengok Kami Merempatkah”

Menurut Sarah lagi, dia berpesan supaya duduk berbincang dengan peguam serta mengawal emosi dan bertindak dengan bijak.
“Saya percaya peguam yang mewakili awak sekarang adalah peguam yang mewakili saya sebelum ini Datuk Akberdin. Beliua sayang berpengetahuan tinggi.
“Duduk berbincang dengan beliau bagaimana untuk bertindak balas dengan baik.
“Kawal emosi awak dan bertindak dengan bijak. Jangan beritahu apa-apa perancangan awak. Tahu-tahu rancangan sudah berjalan biar jadi kejutan buat pihak sebelah sana. Semoga berjaya dan InshaAllah semuanya akan baik,” tulisnya.
Sementara itu, Dr Fie membalas dia mengakui banyak terinspirasi dengan Puteri Sarah serta mengucapkan terima kasih atas cadangan diberikan.
Puteri Sarah berpesan lagi untuk bekerjasama dengan peguam serta berfikir diluar kotak dan memikirkan banyak kemungkinan.





