“Kena Ingat Semua Hanya Pinjaman, Jangan Cerita Aib Bekas Pasangan”

“Kena Ingat Semua Hanya Pinjaman, Jangan Cerita Aib Bekas Pasangan”


Pelakon Rebecca Nur Al Islam menitipkan kepada ibu tunggal diluar sana agar tidak membuka aib bekas pasangan selepas melalui perpisahan.

Menerusi satu video, Rebecca berkata dalam kehidupan ini semuanya hanyalah pinjaman sebelum mahu membuka aib bekas pasangan lihat wajah anak-anak. 

BACA: Banglo Mewah Rebecca Nur Islam Berjaya Dilelong RM2.92 Juta

“Untuk wanita di luar sana sebagai ibu tunggal kena ingat semua hanya pinjaman. Apa paling penting jangan pernah bercerita mengenai aib bekas pasangan masing-masing.

“Bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah, kita kena pandang muka anak-anak sebab bila awak mengata pasangan, awak akan mengata diri anak-anak sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Rebecca yang juga ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata itu berkata dia perlu kuatkan dirinya untuk bangkit demi anak-anaknya.

“Seperti yang anda semua tahu, saya baru menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata dan perlu membiasakan diri.

“Allah bagi kita sesuatu benda yang tanggungjawabnya lagi besar. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Apabila berlakunya perpisahan antara saya dengan bekas suami, saya kena kuatkan diri saya,” kataya.

Dalam pada itu, Rebecca berkata hubungan bekas suami dengan anak-anak masih dalam keadaan baik.

“Kita cuba yang terbaik sebagai keluarga. Bapa (bekas suami) mereka pun masih okey dengan anak-anak. Alhamdulillah okey saja, ayah mereka takkan saya nak halang,” katanya.

Rebecca dan Datuk Nur Azman Sulaiman berpisah selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga dan mereka mempunyai enam cahaya mata serta seorang anak angkat.

Sumber: Instagram the creative factory






Source link

OR

Scroll to Top