Perkongsian pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama seekor kucing ketika berada di Istanbul.
Meskipun hanya memuat naik gambar bersama kucing namun hantaran tersebut mendapat lebih 27 ribu tanda suka.
BACA: “Tak Nak Kerjasama Dengan Orang Mengarut” – Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah
Turut menjadi perhatian, seorang netizen dilihat ada memuat naik video reaksinya melihat gambar dan video Zul bersama kucing.
Lebih menghiburkan, pengguna TikTok menggunakan nama Cik Reshy itu berseloroh mengatakan sepanjang 30 tahun dia tidak pernah rasa nak jadi kucing ataupun cemburu dengan kucing.
“30 tahun kehidupan aku, aku tak pernah rasa macam aku nak jadi kucing, rasa cemburu dengan kucing, tapi hari ini lepas tengok story Zul, aku rasa macam kenapa aku bukan seekor kucing?” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut serta ada yang mengatakan mereka juga mahu jadi seekor kucing.






