Penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang apabila anak angkat perempuannya, Cahaya Ramadhani menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman oleh seorang individu di media sosial.
Menurut Elyana, dia tidak akan berkompromi dengan tindakan biadab wanita terbabit yang didakwa menggelarkan anaknya itu dengan panggilan ‘anak keling’ menerusi ruangan komen di Instagram.
“Tunggu aku jumpa kau biadab. Bab anak aku tidak main-main. Aku besarkan anak aku, tak pernah minta ehsan atau belas dari sesiapa pun selama ini.
“Jadi, kenapa kau orang biadab sangat? Adakah anak aku merugikan kau orang? Kenapa nak kene ejek ‘anak keling’? Dosa ke anak keling? Kau hebat sangat ke jadi anak melayu?,” soalnya dalam sebuah hantaran di Threads.

Kecewa dengan tindakan terbabit, Elyana turut mendedahkan identiti wanita berkenaan.
“Dari budak ini kecil, sampai tujuh tahun aku besarkan, tak habis-habis tekanan yang kau orang bagi. Kau ingat anak angkat, anak keling tiada perasaan ke? “Aku banyak pendam selama ini. Tetapi makin menjadi-jadi perangai syaitan ini,” katanya.
Tidak habis disitu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu, turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mengenali wanita berkenaan dalam sebuah hantaran di Threads.


ARTIKEL BERKAITAN:Sukar Untuk Dimaafkan, Elyana Dedah Ada Individu Berbuat Jahat Pada Anak Angkat – “Hancur Hati Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Jadi Jahat & Sengaja Merosak Kehidupan Orang Lain”- Elyana
ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Orang Kata Saya Ahli Neraka, Tak Kan Masih Nak Minta Tolong Saya” – Elyana Bengang Dijadikan ‘Tempat’ Rujukan Penyakit, Dedah Sering Dimaki Hamun
ARTIKEL BERKAITAN:Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana






