Penyanyi dan cef selebrti, Datuk Fazley Yaakob mempersoalkan mengenai pandangan berbeza terhadap status duda dan janda.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fazley bertanya mengapa lelaki menjadi duda ramai yang mahu kenal namun jika wanita menjadi janda dipandang serong.
BACA: Fazley Yaakob Kerap Terima Mesej Nakal Lepas Cerai

“Nak tanya, kenapa bila jadi duda orang semua sibuk nak kenal, tapi bila yang jadi janda semua pandang serong?
“Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan. Kau faham tak?” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran Fazley itu dimana ramai wanita bercerai masih lagi dipandang serong oleh masyarakat.







