“Kenapa Nak Malu Pakai Benda Murah? Saya Hanya Bekerja Sebagai Pelakon” 

“Kenapa Nak Malu Pakai Benda Murah? Saya Hanya Bekerja Sebagai Pelakon” 


Pelakon Nad Zainal mempersoalkan mengapa perlu malu untuk memakai barangan yang murah kerana dia juga sama seperti orang biasa yang lain yang suka berjimat.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata pelakon adalah kerjayanya namun apabila di rumah dia wanita yang perlu menguruskan anak serta suami.

BACA: “Misi Nak Berjimat Tahun Ini” – Nad Zainal Beli Baju Raya Bawah RM100

“Kenapa perlu saya malu pakai benda yang murah? saya hanya bekerja sebagai pelakon, saya balik rumah, saya hanya Farah Nadia yang perlu urus anak anak dan suami,” katanya.

Tambah Nad lagi, tidak kisah apa pun kerjaya seseorang itu baginya pasti ramai yang sukakan benda yang murah dan jika ada promosi mahupun jualan murah. 

“Tak kisahlah kerja apa pun, rasanya ramai je suka benda murah, harga promo, juala murah,” katanya.

Perkongsian Nad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara pemikiran aktres berkenaan sekaligus dapat mendidik orang ramai untuk tidak berbelanja mahal terutama untuk perayaan.

Terdahulu, Nad memilih untuk tidak berbelanja secara berlebihan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Mac ini.

Nad berkata dia mahu berjimat pada tahun ini serta menyimpan untuk keperluan anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.






Source link

OR

Scroll to Top