Kenapa pulak ni Zizi Kirana, Yusuf?

Kenapa pulak ni Zizi Kirana, Yusuf?


Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Zizi Kirana, 40, dan Yusuf Bahrin, 33, sudah ‘unfollow’ atau saling tidak mengikuti Instagram masing-masing sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status rumah tangga mereka.

Berbanding sebelum ini, pasangan terbabit juga sudah tidak memuat naik gambar bersama. Kali terakhir Zizi memuat naik gambar suaminya adalah pada 8 Jun lalu sempena sambutan hari lahir Yusuf.

Berdasarkan hantaran penyanyi Eh itu di Threads baru-baru ini, luahannya agak mendalam dan tersirat. Dia seakan memberi bayangan mengenai pergolakan yang dilaluinya.

“Tahun ini kita diuji, kita jatuh, tapi Allah masih beri kita peluang. Alhamdulillah, walau tak semua faham perjalanan kita, Allah tak pernah jauh.

“Ya Rabb, ampuni yang lepas, redhai yang akan datang, dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa-Mu,” kongsinya.

Namun, Zizi masih mengemaskini Instagram dan terbaru berkongsi video bacaan surah al-Waqiah. Dia berkongsi manfaat surah berkenaan kepada pengikutnya.

Sementara itu, tinjauan di Instagram Yusuf lebih banyak memaparkan hal berkaitan kerja dan tiada hantaran bersifat peribadi.

Kali terakhir Yusuf memuat naik gambar Zizi ketika ulang tahun kelahiran isterinya disertakan kapsyen yang menyentuh hati.

“‘Roller coaster’ itu normal, semua orang kena hadap. Yang penting selesai baik. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan usia untuk awak sampai ke hari ini serta seterusnga insya-Allah. Masih izinkan kita hidup bersama,” tulisnya.

Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top