“Kenapa Tak Nak Lepaskan? Pertahankan Apa Lagi Kalau Saya Ni Isteri Jahat”

“Kenapa Tak Nak Lepaskan? Pertahankan Apa Lagi Kalau Saya Ni Isteri Jahat”


Pendedahan Uqasha Senrose menjadi mangsa keganasan sepanjang empat tahun berumah tangga mengejutkan ramai sekaligus akaun media sosial aktres itu dihujani komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Uqasha berpura-pura menangis ketika ditemu bual pihak media. Bagaimanapun, Uqasha membalas mengatakn dia tidak menangis sebaliknya dia rasa geram.

BACA: “Dia Baran Sampai Saya Takut, Tak Boleh Ditegur Langsung”

Sementara itu, Uqasha turut membelas mempersoalkan mengapa Kamal tidak mahu melepaskannya dan untuk apa pertahankan jika dirinya isterinya yang jahat. 

“Excuse me. Itu bukan menangis, itu geram pendam dah lama. Kau orang nak apa? Saya nak berpisah! Itu pilihan saya!

“Kenapa tak nak lepaskan? Kalau semua buruk dekat saya. Pertahankan apa lagi kalau saya ni isteri yang jahat. Untuk apa?,” tulisnya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top