Kenderaan ahli Parlimen Narathiwat ditembak, 2 pengiring cedera

Kenderaan ahli Parlimen Narathiwat ditembak, 2 pengiring cedera


Narathiwat: Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok pada Khamis.

Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak berkata, Kamolsak terselamat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dua pegawai pengiring beliau tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Wisan berkata, kejadian kira-kira 1 pagi ketika Kamolsak pulang ke kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai selepas menghadiri proses pengundian perdana menteri baharu di Bangkok.

Menurut beliau, empat lelaki dipercayai menunggu mangsa di hadapan kediaman sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan rasmi ahli Parlimen itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pagi Jumaat, Wisan berkata, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas menyerang mangsa

Wisan berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki suspek, dan keterangan daripada mangsa akan diambil dalam masa terdekat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top