Kenduri gol benam Penang FC, Munoz puas hati aksi JDT

Kenduri gol benam Penang FC, Munoz puas hati aksi JDT


Pemain JDT, Joao Figueiredo. (tengah), mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan. Foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz nyata berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu ketika membenam Penang FC, 6-0, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Rabu.

Menurutnya, kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan terutamanya pada babak pertama apabila lima gol berjaya merobek gawang pelawat.

“Apa yang dapat saya katakan hanyalah ucapan tahniah kepada kesemua pemain yang telah memberikan aksi yang cukup cemerlang pada perlawanan kali ini.

“Kita juga dapat menyaksikan penyokong gembira dengan corak permainan yang dipamerkan sehingga berjaya mencatatkan kemenangan besar ini.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting di sini adalah untuk meneruskan kecemerlangan tersebut pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Pada aksi berkenaan, skuad Harimau Selatan membuka jaringan pada minit ke-9 menerusi Jairo Da Silva, Arif Aiman Mohd Hanapi (min-18, 31), Joao Figueiredo (min-33), Antonio Glauder (min-52) dan Jon Irazabal (45+3).

Sementara itu Munoz berkata, skuad kendaliannya itu turut dilihat memiliki deretan peluang bagi meledak jaringan pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, peluang-peluang berkenaan dilihat gagal disempurnakan dengan baik oleh jentera serangan pasukan.

“Perkara seperti inilah antara kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuad Harimau Selatan itu tampil lebih mantap pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Pada perlawanan kali ini pemain berjaya menjaringkan enam gol, tetapi sebenarnya ada beberapa peluang gol lagi yang tidak dapat diterjemahkan.

“Perkara seperti ini akan diberikan perhatian agar situasi-situasi seperti mampu ditangani pada masa hadapan bagi merealisasikan jaringan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top