Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar


“Saya tahu seksi itu berdosa tapi beri kami masa dan ruang untuk jadi lebih baik”, itu respons bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Annuar selepas kenyataannya di Threads mengenai ‘berpenampilan seksi tapi tidak minum arak, berparti atau menyundal’ menyorot perhatian ramai.

Bagaimanapun, sedar dengan komen yang diberikan netizen terhadap hantarannya itu, Nadia bertindak memadam status berkenaan sebaik sahaja ia dimuat naik.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, meskipun hantaran berkenaan telah dipadam, namun rata-rata warganet tetap tampil memberikan pandangan serta teguran masing-masing berhubung isu tersebut.

Sebahagian netizen berpendapat, berpakaian seksi adalah dilarang dalam ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang ditegah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

“Kalau seksi depan suami memang tak jahat. Malah tak dapat pahala lagi.

“Tapi seksi depan orang lain even ahli keluarga pun sebenarnya dia jahat sebab tak ikut perintah Allah apatah lagi seksi depan manusia lain walaupun tak minum arak, tak berparti dan sebagainya,” tegur warganet.

Sedar dengan kritikan yang diterima, Nadia tampil mempertahankan dirinya dengan membalas komen-komen tersebut.

Terdahulu, Nadia mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung pada hari kelahirannya yang ke-39.

Malah, dia kini dilihat lebih terbuka berkongsi foto mahupun video dengan berpakaian seksi.



Source link

OR

Scroll to Top