Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa sekali lagi menarik perhatian warganet apabila tampil memberi respon tegas terhadap segelintir pihak yang sering melemparkan komen negatif dan membuat dakwaan tidak berasas mengenai kehidupan peribadinya.
Menerusi hantaran di Threads, Intan menegaskan, kehadiran ‘haters’ bukan lagi perkara baharu dalam hidupnya, bahkan ada antara mereka yang terlalu obses mengikuti setiap gerak-geri dirinya.
“Haters ni memang tak kan pernah habis. Kadang saya terbaca orang mengata, saya senyum je,” katanya.
Dalam pada itu, Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, lebih memeranjatkan terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang sanggup mereka cerita semata-mata mahu menjatuhkannya.
Justeru, enggan mengambil pusing hal remeh sedemikian, Intan bagaimanapun menitipkan pesanan sarkastik kepada golongan berkenaan.
“Dia orang lah yang paling sibuk “study” hidup I. Cerita yang tak wujud pun diwujudkan. But it’s fine.
“If you berdepan dengan masalah haters ni. Chill je okay. Anggap je dia orang ni macam lalat je.
“Yang paling penting is our real life. I ada suami dan anak yang sangat sayang I, dan family yang sentiasa ada dengan I. Alhamdulillah.
“Kepada haters, teruskan membitter dan membusuk. I’m still living my best life,” jelasnya.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang berpendapat, Intan wajar mempertahankan diri selepas kerap menjadi sasaran komen negatif netizen.









