Keperluan mobiliti tinggi, Dr Zaliha cadang subsidi petrol 300 liter buat petugas kesihatan

Keperluan mobiliti tinggi, Dr Zaliha cadang subsidi petrol 300 liter buat petugas kesihatan


Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian subsidi petrol sehingga 300 liter kepada petugas kesihatan yang terkesan, khususnya mereka yang menjalankan tugasan lapangan secara aktif.

Keperluan mobiliti tinggi

Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Dr Zaliha Mustafa menyatakan langkah itu penting bagi memastikan keseimbangan antara disiplin fiskal negara dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan awam.

“Bagi memastikan petugas kesihatan yang mempunyai keperluan mobiliti tugas tinggi mendapat sokongan sewajarnya tanpa menjejaskan matlamat rasionalisasi subsidi negara,” katanya.

Cadang kekalkan kuota 300 liter

Cadangan itu hadir susulan pandangan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (MAPSU) yang menekankan keperluan mengekalkan kuota subsidi petrol 300 liter sebulan bagi petugas yang sering melakukan tugasan luar.

Menurut Zaliha, tidak dinafikan ramai petugas kesihatan awam menggunakan kenderaan sendiri bagi melaksanakan lawatan pesakit kronik, pemantauan penyakit berjangkit serta intervensi kesihatan komuniti.

“Keperluan mobiliti ini berkait secara langsung dengan keberkesanan sistem kesihatan awam di peringkat akar umbi,” tambahnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyokong langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol kepada 200 liter di bawah program BUDI95 sebagai usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara, terutama dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global.

Jelasnya, majoriti rakyat tidak terkesan dengan pelarasan tersebut memandangkan data menunjukkan 90 peratus pengguna menggunakan petrol kurang daripada 200 liter sebulan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penyelarasan had kuota petrol RON95 bersubsidi daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April lalu, namun harga kekal pada RM1.99 seliter bagi membantu meringankan beban pengguna.

Sumber: Facebook Dr Zaliha Mustafa





Source link

OR

Scroll to Top