Kerajaan akan naikkan suhu ‘aircond’, longgar kod etika pakaian penjawat awam -Azam Baki

Kerajaan akan naikkan suhu ‘aircond’, longgar kod etika pakaian penjawat awam -Azam Baki


Kerajaan mengambil langkah baharu dalam usaha penjimatan tenaga apabila memutuskan untuk menaikkan suhu penghawa dingin di semua pejabat kerajaan, selain melonggarkan kod etika pemakaian penjawat awam.

Boleh pakai lengan pendek

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan keputusan itu dibuat Kabinet dan akan dilaksanakan secara menyeluruh di pejabat kerajaan.

“Mengambil pada arahan Kabinet sampaikan air-condition (penghawa dingin) nanti akan dinaikkan suhunya dan kita kemungkinan akan dibenarkan untuk memakai pakaian yang lebih casual ke pejabat kerana mungkin suhu kita akan dinaikkan.
“Jadi boleh pakai baju lengan pendek dan sebagainya,” katanya.

Tetapkan suhu sekitar 24 darjah Celsius

Langkah tersebut difahamkan bukan hanya melibatkan SPRM, sebaliknya akan dilaksanakan di semua kementerian dengan suhu ditetapkan sekitar 24 darjah Celsius selepas mendapat pengesahan daripada beberapa kementerian.

Sekadar gambar hiasan

Malah, dasar menetapkan suhu tidak lebih rendah daripada 24 darjah Celsius sebenarnya telah diperkenalkan sejak 2011, namun isu pematuhan sebelum ini masih menjadi cabaran.

Terdahulu, kerajaan juga pernah memperkenalkan kelonggaran pemakaian seperti membenarkan penjawat awam memakai batik setiap hari bagi menyesuaikan diri dengan pelaksanaan dasar suhu tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Langkah penjimatan ini dilihat penting susulan tekanan rantaian bekalan global yang memberi kesan kepada harga sumber tenaga seperti arang batu dan gas asli.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah bermula 15 April melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan berkaitan sebagai usaha mengurangkan penggunaan tenaga serta memastikan bekalan lebih mampan.

Sumber: Malaysiakini (Zarrah Morden & Zikri Kamarulzaman)





Source link

OR

Scroll to Top