Kerajaan berjaya jimat RM800 sejak BUDI95 dilaksanakan -PM Anwar

Kerajaan berjaya jimat RM800 sejak BUDI95 dilaksanakan -PM Anwar

Kerajaan berjaya jimat RM800 sejak BUDI95 dilaksanakan -PM Anwar


Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 September lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BUDI95  berjaya kekang ketirisan

Menerusi kenyataan di media sosial, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.

“Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya.

Kerajaan MADANI ambil langkah berani

Anwar berkata penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, namun tiada yang mempunyai keberanian serta tekad politik untuk melaksanakannya sehingga Kerajaan MADANI mengambil langkah berani melaksanakan BUDI95.

budi95

Artikel lain: Selepas dua bulan pelaksanaan, BUDI95 terus dapat sambutan

Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim





Source link

OR

Scroll to Top