Kerajaan fokus pulih ekonomi susulan konflik Asia Barat

Kerajaan fokus pulih ekonomi susulan konflik Asia Barat

Kerajaan fokus pulih ekonomi susulan konflik Asia Barat


PETALING JAYA: Kerajaan memfokuskan kepada pelbagai inisiatif bagi memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan ketidaktentuan global yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang menjejaskan ekonomi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 yang dipengerusikannya di Bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan terhadap bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta risiko cuaca panas melampau dan jerebu.

“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

“Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat ini akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top