Kerajaan pantau perkembangan MALBATT di Lubnan setiap hari

Kerajaan pantau perkembangan MALBATT di Lubnan setiap hari


Alor Gajah: Kerajaan sentiasa memantau perkembangan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di selatan Lubnan setiap hari.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, ia bagi memastikan keselamatan kesemua anggota menjadi keutamaan sepanjang masa walaupun masih tiada keputusan untuk membawa mereka pulang.

“Kita memang masih kekal di sana tetapi sebarang operasi telah diberhentikan demi keselamatan anggota pertahanan… dari semasa ke semasa kita juga terima laporan dan perkembangan mengenai mereka.

“Setakat ini kita masih kekal kerana bernaung di bawah payung Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), jadi apa-apa keputusan (yang akan dibuat) kita akan lihat segala keperluan untuk mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan Cek Sumbangan Parlimen Alor Gajah di Balairaya Taman Sri Siantan, Durian Tunggal di sini.

Sejak 23 September lalu, tentera Israel melancarkan serangan udara intensif yang belum pernah berlaku ke atas Lubnan.

Dalam perkembangan lain, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, pihaknya menerima kira-kira 500 permohonan bagi menjalankan pelbagai program dan kerja baik pulih di Parlimen berkenaan.

“Setakat ini 470 permohonan telah kita salurkan bantuan menerusi peruntukan sebanyak RM1 juta yang diterima Parlimen Alor Gajah kepada pelbagai pihak termasuk institusi agama dan pendidikan selain penduduk memerlukan.

“Ini termasuk jumlah sebanyak RM120,000 pada program hari ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti,” katanya.

Israel lancar serangan udara di tengah Beirut

Pasukan Malbatt di selatan Lubnan selamat

Anggota pengaman Malaysia di Lubnan wajar dikeluarkan-Dr Noor Nirwandy

Lubnan makin bergolak, apa nasib pasukan Malbatt?

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top