Kerajaan Persekutuan tak pilih 'warna politik' bantu rakyat – Anwar

Kerajaan Persekutuan tak pilih 'warna politik' bantu rakyat – Anwar

Kerajaan Persekutuan tak pilih 'warna politik' bantu rakyat – Anwar


am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak memilih bulu, malah membantu semua pihak tanpa mengira latar belakang politik sejak memimpin negara.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, bukan sahaja di Johor malah beliau turut membantu negeri lain termasuk dipimpin oleh PAS kerana memikirkan masalah dan kesusahan dihadapi rakyat.

“Di Johor kita bagi berbillion ringgit untuk projek tebatan banjir dengan projek sudah bermula.

“Di Kelantan pun sama walaupun mereka tidak menyokong saya, tapi kita bantu kerana rakyat susah.

“Sebab apa? Di sana (Kelantan) ramai Melayu…mereka susah perlukan pertolongan, saya bagi (projek tebatan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah “Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan” di Banang Jaya, Batu Pahat malam ini.

Hadir sama Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil dan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Senggarang, Semerah dan Rengit.

Justeru, Anwar mengingatkan pengundi menggunakan peluang sebaik mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) demi masa depan anak-anak serta cucu.

“Kita mahu generasi ini lebih daripada kita. Kita tuntut perubahan agar negeri (Johor) lebih baik,” katanya.

Katanya, sesebuah negara menjadi aman ada di mana pemimpin tidak mengenepi semua kaum.

“Negara kalau mahu aman dan maju, kita jaga semua… Melayu, Cina, India. Tak boleh gaduh lagi dah,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top