July 27, 2024

Kerajaan tarik potensi pelaburan RM76.1b setakat Mac 2024

Kerajaan tarik potensi pelaburan RM76.1b setakat Mac 2024


KUALA LUMPUR – Setakat bulan Mac 2024, kerajaan berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion.

Ini termasuklah dari Australia (RM24.5 bilion) serta Jerman dan Perancis (RM46 bilion), kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rekod pelaburan tahun ini akan dilonjakkan lagi meskipun ada yang memperlekeh nilai pelaburan ini sekadar omong kosong atau tiada pulangan kepada rakyat.

“Itu tidak benar. Kerajaan Madani sedaya upaya memastikan segala pelaburan direalisasikan pada masa ditetapkan. Umpamanya, kemajuan bagi
pelaburan diluluskan sebelum ini berada pada landasan yang betul,” katanya dalam Perutusan Negara, malam ini.

Pada tahun lalu, Malaysia merekod pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion atau 23% lebih tinggi ketimbang tahun 2022.

Menurut beliau, 75.5% projek perkilangan yang diluluskan dari tahun 2021 hingga 2023 telah siap atau sedang dalam pelaksanaan.

Nilai kerja pembinaan peringkat awal juga adalah tinggi iaitu RM31.5 bilion (2023) ketimbang RM26.3 bilion (2022).

Jelasnya, hasil pelaburan ini melambangkan keyakinan baharu pelabur kepada pengemudian ekonomi negara saat ini berpandukan Ekonomi Madani. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top