am@hmetro.com.my
Muar: Pencarian mangsa kereta terjunam di dalam Sungai Panchor di sini, petang tadi masih menemui jalan buntu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan ketika ini.
“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, masih tiada mangsa ditemukan di tempat kejadian.
“Polis meminta sekiranya terdapat saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Muhammad Aidil berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 2.30 petang mengatakan sebuah kereta hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai.
Katanya, bertindak atas maklumat, polis dengan bantuan pihak berkuasa termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membuka pos kawalan kejadian untuk melaksanakan operas mencari dan menyelamat (SAR).
“Polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu usaha mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.
Terdahulu, bomba yang menjalankan operasi SAR memberitahu pihaknya tidak dapat memastikan beberapa orang mangsa berada dalam kereta jenis Proton Saga.
© New Straits Times Press (M) Bhd