Kereta Mewah, 727 Barangan Milik DSV Bakal Dilelong 30 Oktober Ini

Kereta Mewah, 727 Barangan Milik DSV Bakal Dilelong 30 Oktober Ini


Proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bakal dilakukan pada 30 Oktober ini selepas hampir setahun tertangguh.

Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.

BACA:

Terdahulu, sebanyak 727 barangan milik Vida dianggarkan disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh pada 25 November tahun lalu.

Barangan itu disita selepas Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta pada 2018.

Selain empat buah kereta mewah, antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.

Menerusi ruangan iklan akhbar The Star hari ini, acara lelongan akan diadakan pada 30 Oktober ini di kediaman usahawan tersebut pada jam 10.30 pagi. 

Sumber: BH Online, mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top