Kereta tersadai tepi lebuh raya, polis trafik hulur bantuan

Kereta tersadai tepi lebuh raya, polis trafik hulur bantuan



am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Dalam kesibukan mengawal aliran trafik, dua anggota polis trafik sempat membantu empat pemuda yang tersadai di tepi lebuh raya akibat kereta rosak.

Kereta dinaiki pemuda berkenaan dipercayai mengalami kerosakan radiator menyebabkan mereka terpaksa berhenti di tepi Plaza Tol Kuala Terengganu (Tol Gemuroh), siang tadi.

Seorang pemuda itu yang enggan dikenali berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Pasir Puteh, Kelantan dari Shah Alam.

Katanya, selepas menempuh perjalanan panjang, kereta terpaksa ‘direhatkan’ dan mereka berhenti di tepi lebuh raya itu untuk membaiki kerosakan.

Dia juga sangat menghargai keprihatinan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu itu yang membantu memudahkan urusan.

Pengguna lebuh raya yang berehat seketika di kawasan rehat berhampiran turut meluahkan penghargaan atas khidmat bantuan anggota polis.

“Terbaik.. walaupun sibuk mengawal lalu lintas, sempat lagi membantu mereka yang menghadapi masalah,” kata Mastura, 37. yang dalam perjalanan ke Besut dari Melaka.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top