“Kerja Dia Menyenangkan Hati Saya” – Shiera Jawab Dakwaan Suami Tidak Bekerja

“Kerja Dia Menyenangkan Hati Saya” – Shiera Jawab Dakwaan Suami Tidak Bekerja


Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tampil menjawab mengenai Ijoy Zahari apabila ada yang mendakwa suaminya tidak bekerja.

Menerusi satu podcast, Shiera berkata suaminya menyenangkan hatinya serta memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga dan anak-anak.

BACA: “Dia Tambah Lagi Kat Kening” – Shiera Kongsi Reaksi Anak Tindik Kening

“Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku. Dia yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang. Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Shiera berkata kebanyakan tawaran lakonan dibayar terlalu rendah dan tidak setimpal serta mendedahkan Ijou mempunyai gerai makan.

Tambahnya lagi, lebih berbaloi untuk Ijoy memberi fokus kepada kerja lain seperti membuat ‘review’ dimana bayarannya lebih lumayan.

“Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan tak nak berlakon. Kalau saya buat IG reviu lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon. Biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin, saya tak kisah,” katanya.

Sumber: mStar Online / IG tooprettytohandlepodcast






Source link

OR

Scroll to Top