Kerja luar negara? Namron pilih duduk bilik waktu cuti -“Datang untuk sara keluarga, bukan seronok..”

Kerja luar negara? Namron pilih duduk bilik waktu cuti -“Datang untuk sara keluarga, bukan seronok..”


Pelakon dan pengarah, Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron, mendedahkan dirinya tidak pernah meluangkan masa berjalan-jalan ke tempat menarik setiap kali bekerja di luar negara.

Namron berkata, hari tanpa jadual penggambaran biasanya dihabiskan di bilik penginapan, dan jika bosan, dia hanya keluar berjalan di kawasan berhampiran.

“Bila saya datang bekerja di luar negara, saya tidak pernah pergi berjalan-jalan di tempat-tempat menarik. Jika hari tidak bekerja, saya akan duduk di bilik.
“Jika dah bosan, saya hanya keluar berjalan di kawasan berdekatan dengan penginapan saya sahaja,” katanya.

Artikel lain: “SPM saya teruk 1A pun takde..”- Namron nasihat jangan putus asa, belajar kemahiran

Namron pilih duduk bilik waktu cuti

Menurutnya, walaupun ada rakan yang menganggap rugi tidak mengambil peluang menikmati suasana luar negara, dia lebih memilih untuk menyimpan wang demi keluarga tercinta.

“Ya, betul rugi, tapi saya lebih memilih untuk menyimpan wang untuk anak-anak dan isteri saya.
“Mereka lebih penting daripada keseronokan yang saya dapat di sini.
“Saya datang bekerja untuk menyara mereka, bukan untuk saya berseronok. Keseronokan saya adalah jika mereka bahagia. Apa guna saya pulang jika tidak membawa wang untuk keluarga.

“Cukuplah berjalan kaki di kawasan sekitar sekadar membakar kalori dan melihat persekitaran. Itupun sudah cukup menarik,”jelasnya.

Sumber: FB Namron





Source link

OR

Scroll to Top