Kerja rumah buat tiga beregu negara

Kerja rumah buat tiga beregu negara


Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Gambar kecil: Rexy

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tidak mahu para pemainnya cepat berpuas hati dengan prestasi yang dicapai dalam saingan Terbuka India di New Delhi yang berakhir pada Ahad.

Malah jurulatih dari Indonesia itu mahu mereka terus berusaha lebih gigih untuk meningkatkan persembahan pada kejohanan akan datang.

Tiga beregu yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mara ke saingan separuh pada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Pearly Tan-M Thinaah

Pearly Tan-M Thinaah

Mereka terdiri daripada beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).

“Perlu terus bekerja keras. Masih di awal musim selepas Terbuka Malaysia dan India. Perjalanan masih panjang,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu, Aaron-Wooi Yik tumpas di tangan pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae 20-22, 19-21.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

Tang Jie-Ee Wei pula kalah kepada beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-17, 21-15, manakala Pearly-Thinaah dikecewakan pasangan Korea Selatan, Kim Hye-jeong dan Kong Hee-yong 21-81, 21-18.

Rexy menjelaskan prestasi Aaron-Wooi Yik dilihat dalam proses menuju ke prestasi terbaik mereka selepas meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos tahun lalu.

“Perlahan-lahan kembali dalam landasan selepas Sukan Olimpik,” katanya.

Bagi Tang Jie-Ee Wei mereka perlu lebih konsisten dalam permainan selain wajar terus memiliki semangat melawan yang jitu.

“Prestasi masih lagi naik dan turun. Belum konsisten,” ujarnya.

Tambah Rexy, bagi Pearly-Thinaah pula mereka perlu mencari semula momentum yang ‘hilang’ sebelum ini.

Kem badminton akan terbang ke Jakarta bagi mengharungi Masters Indonesia bermula Selasa ini.



Source link

OR

Scroll to Top