Kerja saya di United sukar – Amorim

Kerja saya di United sukar – Amorim


Amorim mengakui berdepan kesukaran di Manchester United selepas pasukannya bergelut dengan masalah kecederaan. Foto AFP

RUBEN Amorim mengakui berdepan kesukaran di Manchester United selepas pasukannya yang bergelut dengan masalah kecederaan tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur.

Amad Diallo mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki dalam latihan minggu ini dan tidak disenaraikan dalam perlawanan itu bersama beberapa pemain lain seperti Kobbie Mainoo, Manuel Ugarte, Toby Collyer yang turut cedera selain Leny Yoro dan Christian Eriksen yang tidak sihat.

Mereka menyertai beberapa lagi pemain utama yang diketepikan lebih awal seperti Lisandro Martinez, Luke Shaw dan Mason Mount yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Ia menyebabkan Amorim mempunyai pilihan terhad ketika menentang Spurs yang menyaksikan pasukannya tewas buat kali ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan jatuh ke tangga ke-15.

“Saya mempunyai banyak masalah. Pekerjaan saya sangat sukar tetapi saya di sini untuk meneruskan kerja saya.

“Saya akan cuba melakukannya, saya akan cuba untuk menang sekali lagi. Pada masa ini ia lebih daripada idea atau sistem.

“Pada masa ini ia seperti bertahan dan memikirkan perkara-perkara kecil, memperbaiki perkara-perkara kecil untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Amorim mengharapkan bahawa Yoro dan Eriksen akan kembali beraksi untuk pertembungan Sabtu ini menentang Everton di Goodison Park tetapi menjangkakan Mainoo tidak akan dapat beraksi.

“Sukar untuk diketahui. Mari tunggu beberapa hari lagi. Saya rasa Leny dan Chris sakit jadi mereka akan sembuh.

“Sudah tentu Chris mempunyai keadaan jantung dan kami perlu berhati-hati dengan perkara itu. Saya cuma cakap degupan jantung kena kawal sebab dia demam. Saya rasa dia akan pulih,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top