Kertas siasatan polis disyaki curi barang kemas sudah diserah ke AGC

Kertas siasatan polis disyaki curi barang kemas sudah diserah ke AGC


KUALA LUMPUR- Kertas siasatan berkaitan empat anggota polis yang disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal di dalam kereta, 1 Oktober lalu telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pada masa ini pihaknya mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah.

Tambah beliau, kesemua anggota polis direman tiga hari telah dibebaskan dengan jaminan polis dan masih menjalankan tugas sementara siasatan masih berlangsung.

“Kertas siasatan itu sebelum ini telah diserahkan kepada Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Progam Pendekatan Kesedaran Kes Jenayah Seksual dan Penipuan Dalam Talian di sini, hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan empat anggota polis ditahan untuk siasatan kes kecurian barang kemas dikatakan milik seorang wanita yang ditemui meninggal dunia dalam kereta di parkir sebuah kondominium di Setapak, di sini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top