Kerugian jenayah komersial cecah RM3.1 bilion tahun lalu

Kerugian jenayah komersial cecah RM3.1 bilion tahun lalu


KUALA TERENGGANU: Jumlah kerugian melibatkan jenayah komersial di seluruh negara mencecah RM3.1 bilion pada tahun lalu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kerugian tersebut meliputi 41,701 kertas siasatan yang dibuka dalam tempoh tersebut.

Katanya, jumlah kerugian dalam jenayah tersebut  yang direkod pada 2023 adalah RM2.1 bilion dengan jumlah kes 40,340 dan 2022 pula RM1.7 bilion meliputi 30,536 kes.

“Ini adalah satu peningkatan jumlah kerugian sangat besar dan kebanyakan adalah dalam pelaburan tidak wujud yang merekodkan  jumlah kerugian hampir RM850 juta pada tahun lepas. Tahun ini sahaja, setakat ini sudah lebih RM123 juta kerugian dicatatkan melibatkan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

“Salah satu kes penipuan mata wang kripto tidak wujud melibatkan mangsa yang merupakan seorang warga emas berusia 74 tahun di Johor yang kerugian puluhan juta ringgit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, hari ini. – UTUSAN





Source link

OR