September 8, 2024

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Anggota polis akan didakwa hari ini

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Anggota polis akan didakwa hari ini


Hulu Selangor: Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini, berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang sawit.

Lelaki itu yang bertugas di Perak akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Setakat 7 pagi, pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya dijumpai di ladang sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira 6 petang, lima hari kemudian.

Sebelum ini, tempoh reman terhadap lelaki berumur 26 tahun itu dilanjutkan selama tujuh hari hingga 29 Julai selepas tahanan reman pertama tamat, namun hari ini pendakwaan mendapat izin untuk pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top