Kes culik warga China, polis buru baki 4 suspek

Kes culik warga China, polis buru baki 4 suspek



am@hmetro.com.my

Sepang: Polis masih memburu empat suspek disyaki terbabit kes penculikan dua individu termasuk seorang warga China di susur keluar Plaza Tol MEX menghala Cyberjaya, dekat sini, 11 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang diburu itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita.

“Seramai 18 suspek terbabit dalam jenayah itu, empat daripadanya terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa awal bulan ini, manakala 10 suspek lain sudah ditahan direman setakat ini.

“Suspek utama kes ini adalah pemandu kepada lelaki warga China itu dan motif utama kes penculikan ini adalah bagi mendapatkan wang tebusan. Semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan empat penjenayah yang disyaki terbabit kes penculikan, terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis dalam dua kejadian berasingan di Skudai, Johor.

Kumpulan itu dipercayai terbabit kes penculikan dua individu membabitkan pembayaran wang tebusan dalam bentuk Bitcoin bernilai USD1.16 juta atau RM5.4 juta.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, polis setakat ini sudah melakukan beberapa serbuan dan merampas wang tunai RM1.65 juta dan barangan yang dibeli menggunakan wang tebusan terbabit.

“Antara yang dirampas adalah enam jam tangan mewah, enam beg tangan berjenama, enam telefon bimbit, satu rantai emas berserta loket dan satu resit pembelian emas.

“Turut dirampas kenderaan Toyota Vellfire, Mini Cooper, Toyota Camry, Honda City, Mitsubishi Triton dan dua Toyota Alphard,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top