Kes pijak al-Quran: Kerajaan tolak sebarang penghinaan terhadap agama – PM Anwar

Kes pijak al-Quran: Kerajaan tolak sebarang penghinaan terhadap agama – PM Anwar

Kes pijak al-Quran: Kerajaan tolak sebarang penghinaan terhadap agama – PM Anwar


Bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama di negara ini tidak akan dipandang ringan, namun setiap tindakan mesti dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

Kerajaan tolak sebarang penghinaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan sebarang pelanggaran, termasuk melibatkan unsur penghinaan terhadap agama, perlu ditangani melalui proses perundangan yang sah tanpa dipengaruhi sentimen atau desakan emosi.

Kerajaan tolak sebarang penghinaan

Menurutnya, tindakan telah pun diambil dalam kes yang tular berkaitan dakwaan memijak al-Quran, termasuk penahanan individu terlibat dan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

“Negara ini negara hukum. Kita tidak boleh ketepikan tuntutan undang-undang dalam tindakan.
“Islam agama Persekutuan dan kita tidak boleh pandang ringan terhadap apa-apa unsur penghinaan, bukan sahaja terhadap Islam tetapi terhadap agama-agama lain di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata tidak timbul soal tolak ansur dalam isu penghinaan agama, namun kerajaan tidak boleh bertindak melangkaui proses perundangan.

“Siapa kata tidak ada tindakan? Polis telah ambil tindakan, telah menangkap yang berkenaan dan lakukan siasatan. Jangan kita gopoh dan tidak sabar. Mana boleh kita hukum sebelum proses undang-undang disempurnakan,” ujarnya.

Kerajaan tolak sebarang penghinaan

Anwar turut mengingatkan bahawa dalam Islam, peranan umat adalah sebagai pendakwah dan bukannya penghukum, merujuk kepada karya Du’at la Qudat yang menekankan prinsip tersebut.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa keadilan mesti dilaksanakan secara saksama tanpa mengira latar belakang agama atau kaum.

“Kehebatan dan integriti negara itu apabila negara dilihat adil kepada semua. Kalau ada pelanggaran di kalangan umat Islam, tindakan diambil.
“Kalau kesalahan di kalangan orang Hindu atau yang lain-lain, tindakan mesti diambil. Barulah dianggap negara ini negara hukum,” tegasnya.

Artikel lain: Provokasi agama: Kerajaan MADANI akan pastikan keadilan ditegakkan, keamanan negara dipelihara – PM Anwar

Beliau turut menegaskan bahawa pembinaan rumah ibadat juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sedia ada, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.

Kerajaan tolak sebarang penghinaan

Dalam ucapan sama, Anwar mengingatkan umat Islam agar menjadikan Ramadan sebagai medan memperkukuh ketakwaan, meningkatkan akhlak serta memperluas nilai kemanusiaan sejagat, termasuk membantu golongan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.





Source link

OR

Scroll to Top