Kes tetak di Jalan Kelawai: 6 sudah ditahan

Kes tetak di Jalan Kelawai: 6 sudah ditahan

Kes tetak di Jalan Kelawai: 6 sudah ditahan


am@hmetro.com.my

Georgetown: Sehingga kini seramai enam individu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian lelaki cedera parah ditetak sekumpulan individu menaiki motosikal, dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Kelawai dekat sini, baru-baru ini

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan di sekitar Pulau Pinang dan Perak.

“Mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 23 hingga 38 tahun.

“Kesemua individu itu dipercayai dapat membantu siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Azizee berkata, motosikal, kenderaan pacuan empat roda dan beberapa telefon bimbit turut dirampas.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah serta mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau objek berbahaya,” katanya lagi.

Sehubungan itu Azizee berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pada 26 Februari lalu, media melaporkan kejadian lelaki tempatan berusia 33 tahun cedera parah ditetak sekumpulan individu yang menaiki motosikal di hadapan lobi bangunan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top