Kesabaran kunci Jun Hao kejutkan Shi Feng di Terbuka India

Kesabaran kunci Jun Hao kejutkan Shi Feng di Terbuka India



aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melakar kejutan di Terbuka India apabila menewaskan pilihan kelima dari China, Li Shi Feng.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Tertutup KD Jadhav Indoor New Delhi, India Jun Hao mempamerkan kebangkitan dari kekalahan di set pertama untuk menang 18-21, 21-17, 21-17 dalam tempoh 68 minit.

Pertukaran strategi pada set kedua dan ketiga nyata membuahkan hasil apabila pemain berusia 25 tahun itu melakar kemenangan pertama ke atas pemain China itu daripada lima pertemuan mereka sebelum ini.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu adalah di Masters Kumamoto Jepun, November tahun lalu apabila Jun Hao tewas straight set 10-21, 13-21.

“Satu kemenangan yang menggembirakan saya kerana saya belum pernah menang lagi melawan dia (Shi Feng) sebelum ini.

“Saya melakukan yang terbaik pada perlawanan hari ini dan apa yang saya rancang menjadi. Ia sesuatu yang menggembirakan,” katanya.

Ditanya mengenai pertukaran strategi di set kedua dan ketiga yang menyaksikan Jun Hao lebih banyak bermain di bahagian hadapan, dia berkata, kesabaran adalah kunci kemenangan hari ini.

“Pada set pertama saya tak cukup sabar. Jadi di set kedua saya cuba lebih sabar dan cuba bermain lebih banyak pukulan stroke dan gembira ia menjadi,” katanya.

Menanti Jun Hao di pusingan kedua adalah Weng Hong Yang yang meraih kemenangan percuma selepas wakil tuan rumah, Srikanth Kidambi menarik diri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top