July 27, 2024

Kesan minyak di muka sauk LRA Cheras selesai dijalankan – LUAS

Kesan minyak di muka sauk LRA Cheras selesai dijalankan – LUAS


KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan kesan minyak diesel yang ditemukan di muka sauk di Loji Rawatan Air (LRA) Cheras, Batu 11 telah selesai dijalankan 9.40 malam ini.

Langkah itu dibuat segera selepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)mengesan kesan minyak itu pada jam 9.30 pagi tadi.

LUAS yang membuat semakan dan siasatan segera, mengesyaki ia berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan berdasarkan bau sehingga 2 ton yang dikesan di pembetung terlibat sebelum memasuki Sungai. Langat.

“LUAS dengan segera telah melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan 1 beg activated carbon (AC) dan 12 keping oil pad di dalam pembetung tersebut bagi memerangkap dan menghalang aliran kesan minyak dari mengalir ke Sungai Langat.

“Siasatan lanjut LUAS menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan terlibat yang disyaki terdapat aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel di pembetung berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam kenyataan terbaharu, LUAS berkata, verifikasi yang dilakukan di lokasi tersebut dan di Sungai Langat mengesahkan bacaan 0 ton dan tiada kesan minyak ditemui.

Namun, katanya, operasi pemantauan dan mitigasi ini ditamatkan pada jam 9.40 malam setelah didapati keadaan Sungai. Langat adalah normal dan tiada lagi sebarang potensi/risiko pencemaran.

LUAS sentiasa bersiap sedia dan siap siaga bagi sebarang tindakan mitigasi segera sekiranya berlaku sebarang kemungkinan dan berada di tapak 24 jam melaksanakan pemantauan statik dan rondaan di kawasan-kawasan sensitif dan dikenal pasti. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top